Explore Podcasts All podcasts. Difficulty Beginner Intermediate Advanced. Explore Documents. Batasan Kajian. Uploaded by Sara Ismil. Did you find this document useful? Is this content inappropriate? Report this Document. Flag for inappropriate content. Download now. Related titles. Carousel Previous Carousel Next. Minat ini akan pengkaji pupuk bermula di alam prasekolah lagi. Ia akan menambah penguasaan dari segi kemahiran motor halus iaitu mengoyak, menampal, mencubit dan menggunting.
Dari segi kognitif, murid-murid akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam membanding atau membeza hasil kerja yang bermutu, membuat jangkaan yang bakal berlaku sekiranya gam yang digunakan terlalu banyak serta meramal kesan gam yang banyak digunakan akan mengotorkan pakaian dan meja masing-masing.
Melalui aktiviti kolaj juga, murid-murid berpeluang untuk bersosial sesama rakan dan memupuk nilai murni bekerjasama, baik hati dan sabar sewaktu berkongsi bahan atau alat membuat kolaj. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti kolaj berlangsung, terlalu banyak nilai murni dan kesepaduan tunjang dapat diintegrasikan. Semasa slot kreativiti dan estetika menghasikan kolaj, pengkaji hanya memberi arahan ringkas dan tidak menunjukkan cara yang tepat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.
Pengkaji juga hanya menunjukkan kolaj kompleks yang telah disiapkan terlebih dahulu. Impaknya, pengkaji berhadapan dengan sikap negatif dan sikap suka mengadu murid-murid yang asyik mengulang bahawa mereka tidak pandai dan mereka tidak tahu untuk menyiapkannya. Murid-murid menghadapi masalah untuk mengoyak kertas, menampal menggunakan gam serta menggunting. Murid-murid berasakan kolaj adalah aktiviti yang sukar kerana mereka tidak biasa menghasilkannya. Dari analisa masalah ini, pengkaji berpendapat guru perlu menggunakan kaedah demonstrasi model hidup bagi mengatasi masalah semasa mengajar kolaj untuk meningkatkan minat, pemahaman serta penguasaan murid-murid.
Demonstrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Antara kelebihan demonstrasi adalah memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan, membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti.
Melalui demonstrasi juga, keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti akan meningkat. Kesimpulannya, kajian yang akan dilaksanakan ini adalah berkaitan menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan demonstrasi model hidup. Perancangan kajian tindakan ini difokuskan bagi mengatasi masalah murid- murid semasa menjalankan aktiviti kolaj semasa slot Kreativiti dan Estetika. Howard Gardner mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran.
Pada pendapat pengkaji, kaedah yang sesuai boleh diaplikasikan untuk menarik minat murid-murid semasa slot kreativiti dan estetika. Kaedah yang ingin digunakan pengkaji adalah kaedah demonstrasi. Melalui pengalaman pengkaji di sekolah sewaktu menjalani praktikum, kaedah demonstrasi adalah antara kaedah yang paling digemari oleh guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh keberkesanannya yang telah terbukti.
Kaedah demonstrasi ini akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat.
Kaedah demonstrasi ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar bukan sahaja secara teori semata- mata, bahkan murid-murid dapat melakukan semula cara-cara menghasilkan kolaj yang telah diperhatikan.
Berdasarkan hasil kajian ini, jelaslah bahawa minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dibawa oleh guru boleh meningkatkan kecenderungan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari. Pengkaji yakin dapat membantu meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan murid terhadap slot kreativiti dan estetika khususunya semasa aktiviti menghasilkan kolaj.
Di prasekolah, peruntukan masa selama jam di khususkan untuk Slot Kreativiti dan Estetika setiap minggu. Jumlah masa ini agak lama dan membuktikan kepentingannya terhadap murid-murid prasekolah. Kajian tentang terapi seni telah banyak dijalankan dan terbukti kajian-kajian ini dapat membantu guru menyelami emosi dan perasaan murid-murid prasekolah.
Seterusnya, sikap yakin diri, berfikiran positif serta ketekunan dalam diri murid-murid dapat dipupuk. Aktiviti kolaj yang dijalankan di prasekolah mempunyai kesepaduan tunjang yang tidak terbatas. Mengenalpasti minat murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan kaedah demonstrasi model hidup. Mengenalpasti tahap pemahaman murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan kaedah demonstrasi model hidup.
Adakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat menarik minat murid dalam aktiviti kolaj? Sejauh manakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat meningkatkan tahap pemahaman murid dalam aktiviti kolaj?
Sejauh manakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bidang menggambar aktiviti kolaj?
Antara kaedah demostrasi yang berkesan adalah aras kedudukan guru dan murid-murid perlu sesuai agar murid-murid tidak perlu melangut semasa memerhatikan guru membuat demonstrasi. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah demonstrasi model hidup semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid terhadap Slot Kreativiti dan Estetika dengan lebih berkesan.
Selain itu,murid dapat mencapai pemahaman yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan murid-murid juga dapat ditingkatkan selepas demonstrasi ditunjukkan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan ditampal di atas permukaan khas seperti kertas lukisan.
Ia berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.
Antara batasan-batasan dalam kajian ini adalah ia terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Bidang yang ingin dikaji ialah bidang menggambar dan hanya tertumpu pada masalah murid dalam aktiviti kolaj. Masalah yang ingin diatasi adalah berfokus pada minat, pamahaman dan penguasaan.
Pemilihan sampel dijalankan secara bertujuan. Sampel yang dipilih adalah dari kalangan yang bermasalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam aktiviti kolaj.
Murid yang dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka bosan untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kolaj. Murid-murid ini juga tidak faham konsep kolaj dan gagal menguasai cara menghasilkan kolaj yang baik. Sampel yang dipilih menghadapi masalah dalam aktiviti kolaj kerana kerana kurang berminat dan kurang tumpuan. Rajah 5. Langkah pertama prosedur tindakan adalah pengkaji membuat refleksi dengan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung.
Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu yang diperhatikan adalah samada murid faham atau tidak tentang apa yang ingin diterangkan oleh pengkaji. Dari refleksi yang dilakukan, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid.
Pengkaji berhadapan dengan masalah murid yang kurang berminat, kurang pemahaman dan kurang penguasaan dalam bidang menggambar aktiviti kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Kemudian, pengkaji mengenalpasti murid yang betul-betul bermasalah dengan mendapat maklumat dari guru Prasekolah SK Pulau Rusa. Langkah kedua yang dibuat adalah merancang kaedah tindakan yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Tindakan ini difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi menyelesaikan masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan sampel yang dikenalpasti. Pengkaji memilih menggunakan kaedah demonstrasi untuk menyelesaikan masalah ini. Pengkaji telah mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh Esah dalam melaksanakan kaedah demonstrasi. Sebagai persediaan untuk membuat demonstrasi, pengkaji telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sebagaimana yang dirancang. Antara bahan yang diperlukan adalah gam, kertas lukisan, kapas, kertas lukisan dan pensel warna.
Pengkaji mengikut saranan oleh Esah dalam melaksanakan demonstrasi yang terdiri dari 3 fasa. Langkah ketiga dalam prosedur kajian ini adalah melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus. Tindakan yang dibuat oleh pengkaji adalah melakukan demonstrasi model hidup.
Demonstrasi model hidup merujuk kepada demonstrasi yang dijalankan oleh pengkaji sendiri. Pengkaji menggunakan bahan untuk menghasilkan kolaj seperti gam, kapas, kertas warna dan kertas lukisan. Untuk memudahkan sampel memahami perbezaan antara cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak, pengkaji menunjukkan cara untuk membuka gulungan kapas dan mencubit kapas. Pengkaji juga menerangkan bahawa untuk menghasilkan kolaj yang baik, kapas perlu bertindihan antara satu sama lain dan meliputi semua permukaan kertas lukisan.
Untuk memudahkan pemahaman dan ingatan sampel, pengkaji menunjukkan dua jenis contoh hasil kerja di mana hasil kerja pertama melibatkan penggunaan gam yang banyak dan hasil kerja kedua melibatkan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Jika gam yang digunakan terlalu banyak, hasil kerja mungkin koyak, kekemasan hasilan kolaj juga terjejas.
Langkah keempat dalam prosedur tindakan pengkaji adalah memerhati. Pengkaji mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama kajian iaitu berkaitan minat, pemahaman dan penguasaan sampel.
Pemerhatian yang dijalankan telah direkodkan untuk dianalisa bagi mendapatkan kesimpulan. Pengkaji juga menggunakan soal selidik dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan terhadap sampel untuk melihat respon daripada sampel kajian. Soal selidik ini juga akan melihat bagaimana penggunaan kaedah demonstrasi meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Seterusnya, pengkaji turut menggunakan temubual yang dijalankan selepas pengkaji menggunakan demonstrasi model hidup.
Temubual dijalankan terhadap kedua- dua orang sampel yang dipilih. Selain dari itu, pengkaji juga menggunakan analisis dokumen dalam menentukan peningkatan yang dialami oleh setiap sampel. Beberapa item telah ditetapkan semasa menilai setiap hasil kerja yang dibuat oleh kedua-dua sampel.
Setiap instrumen untuk mendapatkan data digunakan dengan baik dan ia dirumuskan dalam bab seterusnya. Keempat-empat instrumen ini digunakan bagi mengukur minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua sampel dalam bidang yang dikaji iaitu kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika.
Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan borang pemerhatian yang telah disediakan lebih awal. Semasa peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, pengkaji melihat bagaimana demonstrasi meningkatkan minat sampel.
Semasa pengajaran dan pembelajaran, pemahaman sampel dicatatkan dalam borang pemerhatian dan seterusnya pengkaji memerhatikan penguasaan sampel dalam penghasilan karya. Instrumen kedua adalah instrumen soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan akan mengukur minat, pemahaman dan penguasaan setiap sampel. Sebelum soal selidik diedarkan, setiap sampel diberikan penerangan ringkas. Instrumen ketiga yang digunakan adalah temubual.
Temubual dijalankan terhadap kedua-dua sampel selepas demonstrasi model hidup untuk aktiviti kolaj diadakan. Instrumen keempat yang digunakan adalah analisis dokumen. Analisis dokumen ini dijalankan terhadap hasil kerja kedua-dua sampel sebelum demonstrasi model hidup digunakan dan selepas penggunaan demonstrasi model hidup semasa aktiviti kolaj. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek pemarkahan yang ditetapkan iaitu dari segi kekemasan, susun atur kolaj serta cara kolaj dihasilkan dengan cara yang betul iaitu dengan mencubit kapas.
Dari segi kekemasan, pengkaji melihat dari segi cara penggunaan gam yang tidak terlalu banyak kerana gam yang terlalu banyak akan menyebabkan hasil kerja comot serta kertas lukisan yang digunakan mungkin akan koyak. Kapas yang tidak menutup permukaan kertas lukisan menunjukkan hasil kerja yang kurang baik. Aspek ketiga adalah cara kolaj dihasilkan betul atau tidak.
Cara kolaj dihasilkan dengan betul adalah apabila ia dicubit dan bukan sekadar melekatkannya dengan gam. Setiap dapatan kajian akan dilihat dan dianalisis untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan. Analisis ini dibahagikan kepada analisis jadual pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan analisis soal selidik. Minat kedua-dua sampel diperhatikan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran.
Aspek pemahaman dilihat semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu semasa aktiviti kolaj dilakukan. Aspek penguasaan sampel dalam aktiviti kolaj ini diperhatikan selepas kolaj siap dihasilkan. Semua item yang diperhatikan ditandakan dalam borang pemerhatian yang dibuat dalam bentuk soalan. Pemerhatian pertama menunjukkan perbandingan pemerhatian minat sampel sebelum menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup dan selepas menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian terhadap minat sampel. Soalan Ya Tidak 1. Soalan Ya Tidak 4. Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Soalan 1 : Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? Soalan ini akan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah demonstrasi model hidup. Tetapi, setelah demonstrasi model hidup ditunjukkan, sampel bersungguh-sungguh menyiapkan kolaj. Soalan 2 : Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan? Soalan ini juga menunjukkan peningkatan dari segi minat sampel.
Sampel yang dipilih sememangnya mempunyai masalah dari segi minat terhadap Slot Kreativiti dan Estetika. Setelah kaedah demonstrasi model hidup digunakan, terdapat peningkatan minat yang positif iaitu sampel lebih menumpukan perhatian terhadap guru semasa mengajar.
Sampel tidak lagi bermain sesama sendiri. Soalan 3 : Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? Setelah pemerhatian dibuat, sampel dapat memberi respon pada guru. Respon seperti menganggukkan kepala dilihat sebagai sampel lebih berminat pada sesi demonstrasi jika dibandingkan sampel tidak memberikan sebarang respon.
Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel Jadual 6. Analisis pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran memfokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan 1 : Adakah murid dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? Kaedah demonstrasi model hidup yang tidak ditunjukkan menyebabkan murid-murid tidak dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak.
Semasa kaedah demonstrasi model hidup digunakan, pengkaji telah menerangkan bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu dicubit dan cara-caranya telah ditunjukkan oleh pengkaji.
Dengan ini, telah membuktikan bahawa demonstrasi membantu murid memahami bagaimana membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul dan tidak. Soalan 2 : Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain?
Kaedah demonstrasi model hidup yang tidak ditunjukkan menyebabkan sampel tidak memahami bahawa kapas yang dihasilkan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindihan antara satu sama lain. Masih terdapat banyak permukaan kertas lukisan yang dibiarkan kosong. Tetapi, setelah demonstrasi ditunjukkan, sampel telah dapat memahami bahawa untuk menghasilkan kolaj yang baik, sampel perlu menampal kapas secara bertindihan dan memenuhi permukaan kertas lukisan.
Soalan 3 : Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj? Semasa kaedah demonstrasi model hidup digunakan, pengkaji tidak menunjukkan demonstrasi bagaimana penggunaan gam secara berlebihan akan menjejaskan kolaj yang dihasilkan.
Dengan demontrasi, sampel lebih mudah memahami dan mengingat apa yang cuba diterangkan oleh pengkaji. Keseluruhannya, kaedah yang diguna oleh pengkaji berdasarkan kesesuaian objektif yang ingin dicapai. Kaedah penganalisian data dan pengumpulan data yang tepat untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat.
You are commenting using your WordPress. You are commenting using your Google account. You are commenting using your Twitter account. You are commenting using your Facebook account. Notify me of new comments via email. Notify me of new posts via email. Zikir Zikir a-dhikr mengingati Allah juga merupakan suatu bentuk rawatan ronahi yang amat berguna untun mengembalikan ketenagan dan ketenteraman jiwa.
Apabila dilaksanakan secara berterusan iltizam dan dengan hati yang ikhlas, ia mendatangkan kesan yang tidak terhingga kepada peribadi dan tingkah laku manusia.
Ia juga sebagai perisai yang dapat menghalang manusia daripada gangguan iblis dan syaitan. Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan gender. Menurut Kauffman kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang kontroversial sejak beberapa dekad yang lalu. Kemurungan juga dianggap sebagai penyakit zaman ini. Ianya tidak hanya berbahaya secara kejiwaan tetapi boleh juga merosakkan aspek fizikal.
Gangguan kemurungan adalah berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan dadah, gangguan tidur, gangguan pada kulit , perut dan tekanan darah dan akhirnya boleh bertindak agresif seperti membunuh orang atau membunuh diri. Menurut Mohd. Sufian , kemurungan adalah suatu masalah yang tidak seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan dengan kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan harian mereka.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Turkington dan Kaplan dalam See Ching Mey, mendapati bahawa apabila seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima remaja akan mengalami kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Ia juga merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan dan termasuk penyakit minda yang memberi kesan psikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku suka menyalahkan diri sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup.
Menurut Bachanas dan Kaslow , kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Menurut Iran Heman kajian-kajian yang dilakukan terhadap fenomena kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa.
Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinik kurang diberi perhatian. Manakala Iran Herman kajian-kajian lepas yang dilakukan terhadap fenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa.
Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinikal kurang diberikan perhatian. Dalam bidang psikiatri pula masalah ini tidak mendapat perhatian yang serius dari mana-mana pihak sehingga lewat tahun an Iran Herman, Kesukaran mendefinisikan secara operasional simptom kemurungan juga dan dalam menentukan kemurungan pada kanak-kanak dikatakan halangan yang besar kepada penyelidikan dalam bidang ini.
Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan ia telah menjadi satu usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalah kanak-kanak mula diberikan perhatian khusunya di Amerika Syarikat Schulterbandt dan Raskin, Menurut Jamaludin et al.
Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Setiap aspek ini berkait antara satu sama lain. Farhan dan Uzair faktor utama yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor kepenatan diikuti oleh faktor motivasi akademik, kognitif dan emosi.
Menurut Al-Kindi dalam Rizal kemurungan berpunca daripada kegagalan seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya. Oleh yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi kesediahan dan kemurungan kerana kehendak manusia itu tiada batasannya sedangkan ia tidak mampu untuk mencapai atau memenuhi semua kehendak tersebut.
Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan faktor kerosakan, kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat disayangi oleh seseorang. Sementelahan pula semua faktor ini tidak boleh dipertahankan buat selamanya seperti harta, orang yang disayangi dan dikasihi, wang ringgit dan sebagainya. Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang akrab dalam kehidupan klien telah menyebabkannya menghadapi masalah pembelajaran.
Di samping itu faktor persekitaran kejadian masa lalu seperti jenayah rogol membawa kepada penyumbang kemurungan. Kajian oleh Briere dalam Shazli Ezzat membuktikan kaitan rapat yang wujud antara mangsa dengan kemurungan. Simptom kemurungan yang dihadapi seperti berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal untuk memberi tumpuan dan lantaran tidur yang berlebihan.
Faktor-faktornya ialah: i. Penyalahan diri ii. Kasihan diri iii. Rasa kasihan kepada pihak lain. Menurut Beck lagi penyalahan diri bermaksud mempercepatkan seseorang bersalah kerana kelakuan yang salah.
Apabila perasaan menyalahkan diri ini wujud dalam diri sendiri, maka ia cenderung untuk terus menkritik diri dan membenci diri sendiri. Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang jahat dan tidak berguna lagi.
Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akan menyebabkan individu akan berasa terganggu dan mungkin berasa ingin menangis, berdiam diri atau bersedih secara tidak langsung yang mana akan membawa kepada kemurungan.
Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikan kepada tiga faktor utama seperti: i. Kepenatan disebabkan keletihan, kurang tumpuan terhadap pembelajaran dan kesukaran menyiapkan tugasan. Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada dibelenggu dengan kekusutan pemikiran dan emosi dalam kehidupan mereka. Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor berkaitan akademik, masalah kelas dan masalah motivasi.
Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice Garrett, dan L Buka Stephen sosioekonomi yang rendah semasa zaman kanak- kanak mempunyai kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohamed Alfian Haris mendapati masalah kebimbangan dan punca utama ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan keluarga. Manakala menurut Paragament dan Park telah membuktikan bahawa amalan agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapat digunakan dengan pelbagai cara sama ada untuk individu menjadi asertif atau defensif, aktif atau pasif.
Agama berkait rapat dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan. Menurutnya lagi , agama memberikan panduan amalan kehidupan dan tindakan individu pada setiap ketika sama ada secara perseorangan atau kolektif.
Menurut Dr. Kumpulan pertama dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan kedua tidak. Hasil kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3 daripada 16 orang memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari edema, berbanding orang dengan 18 orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan perubatan;berbanding 12 orang dalam kumpulan kedua.
Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh keyakinan dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan dalam dirinya. Pelaksanaan kaunseling Islam diharapkan dapat membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut. Sebagai contoh apabila seorang pelajar mengenal pasti kemurungan yang sedang dihadapinya khsusnya 1. Dengan kata lain, hubungan tersebut akan melibatkan penerokaan potensi jati diri klien bagi mengembangkan semula segala sumber dalaman klien untuk menerima kebenaran al-Haq serta bertanggungjawab pada diri sendiri untuk mencari keredaan Allah S.
T Muhd. Mansur Abdullah pula menyebut kaunseling Islam ialah suatu proses aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan melalui perhubungan yang intim antara kaunselor dengan klien. Yang nyata ianya bertujuan menolong menyelesaikan masalah serta mengubah tingkah laku klien ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan keredaan Allah S.
Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran untuk menolong individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagi membuat keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaan dunia dan akhirat berpandukan syariat Islam Mohd.
Dalam kajian ini penyelidik akan menggunakan pendekatan kaunseling Islam berdasarkan Teori Kaunseling Islam Al-Ghazali. Mana kala menurut Beck dalam Iran Herman telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri dan rasa kasihan kepada pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan. Oleh yang demikian kemurungan dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi yang akhirnya menzahirkan tingkah laku atau perlakuan seperti ponteng kelas, menyendiri, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dan sebagainya.
Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas dan ada juga pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pelajaran atau pengajiannya.
0コメント